
Mengimbas kejadian yang telah berlaku 25 tahun yang lalu, beliau menceritakan bahawa perkara itu terjadi semasa beliau sedang menggunakan sebatang pen untuk menahan lidah untuk melihat tonsil ditekaknya tetapi dengan tidak sengaja tertelan pen tersebut.
Walau bagaimanapun, setelah membuat imbasan X-Ray pada perut di hospital, tiada tanda-tanda bahawa ada pen di dalam perut beliau dan ini membuatkan orang tidak mempercayai cerita beliau termasuklah suami beliau.
Selepas 25 tahun kejadian, beliau sekali lagi membuat pemeriksaan dengan seorang doktor pakar setelah mengalami sakit perut, kehilangan berat badan dan cirit birit.
Setelah membuat pembedahan, doktor terkejut setelah menemui sebatang pen hitam yang masih mempunyai dakwat dan masih dapat digunakan di dalam perut beliau. Di samping itu, tiada kerosakan dalaman yang serius di dalam perut beliau walaupun telah berada selama 25 tahun. Beliau kini dalam keadaan stabil.
Sumber : The Sun UK
haaa ,! daa bce , 2 jew r infrmtion , yg aku dpt ,! sje nx brkngsi ,! trtrx plx aku dgn story ny , heee , ^_^


Tiada ulasan:
Catat Ulasan